...
animated-welcome-image-0151

Wednesday 7 December 2016

Video


Cara Bermain Gasing




Dokumentari

Gambar

Kanak-kanak bermain

Gasing berlaga

Cara Melontar

Sesuai untuk Pelbagai Usia

Jenis-Jenis Gasing


Jenis dan Bentuk Gasing

Jenis-jenis Gasing

Berikut adalah jenis-jenis gasing:

  • Gasing Pahang
  • Gasing Pari
  • Gasing Paying
  • Gasing Puyuh
  • Gasing Loceng
  • Gasing Berembang
  • Gasing Botol
  • Gasing Bugis
  • Gasing Bunut
  • Gasing Cina
  • Gasing Denak
  • Gasing Jantung
  • Gasing Kanak-kanak Johor
  • Gasing Leper Kelantan
  • Gasing Loceng
  • Gasing Merlimau
  • Gasing Paku

Cara Bermain

Ikatan tali

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Pengenalan

GASING

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.